Program yang bertemakan "Tautan kasih Pengikat Sayang" ini merupakan lanjutan program GOKIM yang sebelum ini telah berjaya dilaksanakan. Berikut adalah serba -sedikit informasi berkenaan dengan program tersebut.
OBJEKTIF PROGRAM
i. Menerapkan nilai-nilai murni dalam jati diri belia-belia muda dengan mewujudkan sikap saling berkerjasama dan bertanggungjawab dalam isu pendidikan. Menimbulkan kesedaran bahawa kita bertanggungjawab untuk meningkatkan taraf kehidupan bangsa Melayu terutamanya di alam pengetahuan.
ii. Membentuk para belia muda yang berkualiti dari segi pelajaran dan kepimpinan.
iii. Menyedarkan para mahasiswa/i tentang tanggungjawab mereka terhadap pelajar-pelajar sekolah , belia serta masyarakat luar bandar.
TARIKH DAN TEMPAT
Tarikh : 30 Jun-5 Julai 2009
Tempat : Felda Lakum, Temerloh, Pahang
Peserta: 120 orang mahsiswa/i
Monday, May 4, 2009
Subscribe to:
Post Comments (Atom)

No comments:
Post a Comment